Bawal Legend dan Mahkota Pietra, Mana Jadi Pilihan? November 6, 2022 – Posted in: News – Tags: Bawal Legend, Bawal Mahkota Pietra
Bawal Legend keluaran Bawal Exclusive adalah design yang menjadi kegemaran pencinta Bawal Exclusive. Kelebihan yang membuatkan tudung ini menjadi pilihan adalah kerana pilihan warna yang banyak iaitu 76 warna. Tudung dengan bidang 45 ini juga mendapat sentuhan batu permata Swarovski. Bahan utama tudung bawal ini ialah High Quality Voile yang diimport khas dari Jepun. Tempah warna kegemaran anda di Shop Aarla Signature sekarang.
Bawal Mahkota Pietra atau Bawal Legend?
Selain daripada itu, Mahkota Pietra juga pilihan wanita berkerjaya. Kemasan batu permata daripada Swarovski sangat menarik perhatian. Dengan pilihan 44 warna, dan bidang 45, memiliki tudung bawal ini adalah satu kemestian. Dapatkan Bawal Mahkota Piertra di sini sekarang.
Sementara itu, pengeluar tudung mewah terkenal, Bawal Exclusive telah memperkenalkan sehelai tudung bernilai RM100,000 dan tercatat sebagai tudung termahal oleh Malaysia Book Of Records.
Pengasasnya, Haliza Maysuri berkata, tudung berkenaan adalah pemberian istimewa dan penghargaan daripada Swarovski memandangkan Bawal Exclusive merupakan antara pemborong terbesar kristal syarikat berkenaan.
“Untung menghasilkannya, pihak kami telah menghantar kain tudung ini ke Austria dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head Of Design Team. Tudung istimewa ini ditaburi sebanyak 7,512 kristal Swarovski serta mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan membabitkan 12 pekerja.”