Terms & Conditions

Last updated: 5 November 2026

Baca dalam Bahasa Melayu

This website is run by AARLA SDN BHD (1394741-M), No.57, 57-1 & 57-2, Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda, 75400 Melaka. “We”, “us” and “our” mean AARLA SDN BHD, trading as Aarla Signature. By browsing this website or placing an order, you agree to these terms.

1. Using this website

You must be at least 18 years old, or use this website with a parent or guardian. The details you give us must be accurate and complete. You must not misuse, copy, disrupt or interfere with the website. We may suspend or end access if we find misuse.

2. Products and prices

Prices are in Malaysian Ringgit (RM) unless stated otherwise and may change without notice. The price that applies is the one shown when you place your order. Products depend on stock, and items in your cart are not reserved until payment is complete.

3. Colour and finishing

We try to show colours and details accurately, but lighting, photography and screen settings can make them look different. Many of our pieces carry crystals or other hand-applied finishing, so small differences between pieces can occur. These differences are not defects.

4. Orders and payment

Your order is confirmed once we have received full payment and you have received a confirmation by email or from our system. Payment is made through the options shown at checkout. We may ask for extra verification for security reasons.

We may refuse or cancel an order if an item is out of stock, a price is wrong, or we suspect fraud. If you have already paid, we will refund the full amount.

5. Delivery

The courier, delivery fee and delivery areas available to you are shown at checkout. Delivery times are estimates. Please see our FAQ for more on delivery and self-pickup.

6. Returns, exchanges and refunds

These are covered by our Refund Policy.

7. Intellectual property

The logos, designs, product images, text and graphics on this website belong to us. You may not copy, reproduce, distribute or use them without our written permission.

8. Liability

To the extent the law allows, we are not liable for misuse of our products, customer negligence, courier delays, website downtime, or indirect or consequential losses. Nothing in these terms limits your rights under the Consumer Protection Act 1999.

9. Privacy

We handle personal data in line with the Personal Data Protection Act 2010. Please read our Privacy Policy.

10. Governing law

These terms are governed by the laws of Malaysia.

11. Changes to these terms

We may update these terms at any time. The date at the top of this page shows the latest version. If you keep using the website after a change, you accept the updated terms.

12. Contact us

Email [email protected], or call or WhatsApp 019-655 6811.


Terma & Syarat

Kemas kini terakhir: 5 November 2026

Laman web ini dikendalikan oleh AARLA SDN BHD (1394741-M), No.57, 57-1 & 57-2, Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda, 75400 Melaka. “Kami” bermaksud AARLA SDN BHD yang berniaga sebagai Aarla Signature. Dengan melayari laman web ini atau membuat pesanan, anda bersetuju dengan terma ini.

1. Penggunaan laman web

Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau menggunakan laman web ini bersama ibu bapa atau penjaga. Maklumat yang anda berikan mestilah tepat dan lengkap. Anda tidak boleh menyalahgunakan, menyalin, mengganggu atau mencampuri operasi laman web. Kami boleh menggantung atau menamatkan akses jika berlaku penyalahgunaan.

2. Produk dan harga

Harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) melainkan dinyatakan sebaliknya dan boleh berubah tanpa notis. Harga yang terpakai ialah harga yang dipaparkan semasa anda membuat pesanan. Produk tertakluk kepada stok, dan barangan dalam troli tidak ditempah sehingga bayaran selesai.

3. Warna dan kemasan

Kami cuba memaparkan warna dan butiran dengan tepat, tetapi pencahayaan, fotografi dan tetapan skrin boleh menyebabkan rupanya berbeza. Banyak produk kami mempunyai kristal atau kemasan yang dipasang dengan tangan, jadi perbezaan kecil antara setiap helai boleh berlaku. Perbezaan ini bukan kecacatan.

4. Pesanan dan bayaran

Pesanan anda disahkan setelah kami menerima bayaran penuh dan anda menerima pengesahan melalui emel atau sistem kami. Bayaran dibuat melalui pilihan yang dipaparkan semasa checkout. Kami mungkin meminta pengesahan tambahan atas sebab keselamatan.

Kami boleh menolak atau membatalkan pesanan jika barangan kehabisan stok, harga tersilap, atau kami mengesyaki penipuan. Jika anda telah membayar, kami akan memulangkan jumlah penuh.

5. Penghantaran

Kurier, kos penghantaran dan kawasan penghantaran yang tersedia dipaparkan semasa checkout. Tempoh penghantaran adalah anggaran. Sila rujuk FAQ kami untuk maklumat lanjut tentang penghantaran dan pengambilan sendiri.

6. Pemulangan, penukaran dan bayaran balik

Perkara ini diterangkan dalam Polisi Pemulangan Wang, Pemulangan Barang & Pertukaran kami.

7. Harta intelek

Logo, reka bentuk, gambar produk, teks dan grafik di laman web ini adalah milik kami. Anda tidak boleh menyalin, menerbitkan semula, mengedar atau menggunakannya tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

8. Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan produk, kecuaian pelanggan, kelewatan kurier, gangguan laman web, atau kerugian tidak langsung atau berbangkit. Tiada apa-apa dalam terma ini mengehadkan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

9. Privasi

Kami mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sila baca Polisi Privasi kami.

10. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

11. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini pada bila-bila masa. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan versi terkini. Jika anda terus menggunakan laman web selepas perubahan, anda menerima terma yang dikemas kini.

12. Hubungi kami

Emel [email protected], atau hubungi atau WhatsApp 019-655 6811.